Halaman

Ahad, 30 Ogos 2009

AMARAN UNTUK MUSLIM YANG MERDEKA TETAPI MENINGGALKAN PUASA !



ANDA TINGGALKAN PUASA?
Dari Abu Hurairah r.a,bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : "Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran)yang dirukhsahkan oleh Allah,tidak dapat diqadha'kan dengan puasa setahun,walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.
(Riwayat Abu Daud , Ibnu Majah dan Tirmizi)

Rukun Puasa:

Rukun puasa ada 3 iaitu:

1.Orang yang berpuasa
2.Niat
3.Meninggalkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Penjelasannya seperti berikut :

1.Orang yang berpuasa

Seseorang yang berpuasa hendaklah muslim,baligh,berakal,berkeupayaan dan bersih dari haid dan nifas.

  • Tidak sah puasa orang yang kafir kerana puasa adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli ibadah.
  • Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil.
  • Orang yang tidak mampu untuk berpuasa dimana jika ia berpuasa boleh mengakibatkan mudharat seperti orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh,maka tidak wajib berpuasa.Akan tetapi wajib diganti dengan secupak makanan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.
  • Bagi perempuan yang datang haid atau nifas maka tidak sah puasa mereka pada hari datangnya haid dan nifas.Sekiranya haid dan nifas datang pada siang hari,maka batallah puasanya pada hari itu.Sekiranya ia bersih dari haid pada malam hari,wajib ke atasnya puasa keesokan harinya sekalipun belum sempat mandi wajib.Mereka hendaklah menggantikan puasa tersebut mengikut bilangan hari-hari yang mereka tinggalkan selepas Bulan Ramadhan.
  • Harus berbuka bagi orang yang bermusafir jauh sekiranya ia takut ditimpa mudharat.Sekiranya musafirnya tidak mendatangkan mudharat maka ia lebih afdhal berpuasa.Dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan selepas bulan Ramadhan.(Imam Nawawi,Al-Majmu' Sharhu Al-Muhazzah,6/265.)
  • Harus berbuka bagi orang yang sakit,mengandung dan meyusukan anak sekiranya ia bimbang puasa boleh mendatangkan mudharat ke atas dirinya atau anaknya.Dan dia wajib mengantikannya semula selepas bulan Ramadhan.Bagi yang sakit biasa maka tidak boleh meninggalkan puasa.

2.Niat:

  • Puasa Ramadhan tanpa niat.
  • Niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di maan tidak disyaratkan "Talaffuz" (menyebut niat dengan lisan:Al-Khaatib Al-Sharbini,Mughni Al-Muhtaj,2/146)
  • Ketika berniat,wajib menetukan jenis puasa seperti Ramdhan bagi puasa bulan Ramadhan.
  • Bagi puasa-puasa yang wajib,niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari,iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum Subuh.Pendapat yang sahih dalam Mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar,(Imam Nawawi,Al-Majmu' Sharhu Al-Muhazzah,6/303).Bagi puasa sunat pula,dibolehkan berniat pada siang hari selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu zohor).
  • Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan.Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie,Abu Hanifah dan Riwayat yang paling sahih dari Imam Ahmad,ibid,6/319.
  • Mengikut pndapat Imam Malik dan Riwayat dari Imam Ahmad pula,cukup niat sekali sahaja untuk satu bulan Ramadhan dan hendaklah niat itu dilakukan pada mlam pertama Ramadhan,(Muhammad Alish,Minhu Al-Jalil,2/128.)

3.Meninggalkan dari melakukan perkara -perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu :

(i)Memasukkan sesuatu kedalam rongga hidung dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak,termasuklah merokok.

  • Ijma' ulama' mengatakan terbatal puasa dengan makan dan minum.
  • Suntikan melalui kemaluan atau dubur adalah membatalkan puasa.Manakala suntikan melalui kulit pula ulama' dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat,(Al-Majmu' Sharhu Al-Muhazzah,6/335,345)
  • Menurut pendapat Dr Yusuf Al-Qaradhawi ,ia tidak membatalkan puasa,(Qaradhawi,Fatawa Mu'asarah,1/307)
  • Perkara-perkara yang tidak dapat dihindarkan seperti habuk jalan dan air liur adalah tidak membatalkan puasa.Puasa terbatal dengan menelan kahak yang terkeluar dari kepala atau dada dengan sengaja,(ibid 6/343)
  • Batal puasa dnegan memasukkan jari atau sebagainya ke dalam dubur atau faraj,(ibid,6/336)
  • Puasa adalah terbatal dengan memasukkan sesuatu ke dalam telinga dengan sengaja.
  • Kesemua perkara tadi jika dilakukan dengan tidak sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.

(ii)Muntah dengan sengaja (seperti kerana memasukkan jari kedalam mulut) adalah membatalkan puasa dan wajib diganti.Bagi muntah yang tidak sengaja atau menjadi kebiasaannya muntah maka itu tidak membatalkan puasa.

Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya:"Sesiapa yang biasa muntah dan dia berpuasa maka tidak wajib ke atasnya qadha' puasa.Dan sesiapa yang sengaja muntah,maka hendaklah menqadha'kannya.

(iii) Keluar darah Haid dan Nifas walaupun di penghujung waktu puasa adalah dikira membatalkan puasa dan wajib diganti.

  • Keluar air mani dengan sengaja sama ada kerana mimpi atau berangan-angan maka tidaklah membatalkan puasa,(ibid,6/348-350,Fiqh Sunnah,1/412)
  • Keluar air mazi tidak membatalkan puasa

(v) Jima' (bersetubuh)

  • Haram berjima' bagi orang yang berpuasa pada siang harinya dan ia membatalkan puasa tidak kira sama ada ia dilakukan di faraj atau dubur,keluar air mani ataupun tidak.Liwat yang dilakukan pada lelaki,kanak-kanak atau binatang juga dalah membatalkan puasa,(ibid,6/348)
  • Suami dan isteri yang melakukan jima' maka wajib ke atas kedua-duanya mengqadha'kan semula puasa mereka yang terbatal.
  • Kaffarah (denda) hanya wajib ke atas lelaki (suami) dan tidak wajib ke atas perempuan,(Mughni Al-Muhtaj)
  • Kadar kaffarah ialah membebaskan seorang hamba.Bagi yang tidak ada hamba maka hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut.Sekiranya tidak mampu,dikehendaki memberi makan 60 orang fakir miskin,(ibid,2/180,Al-Majmu',6/366)
  • Sesipa yang menjima' isterinya sebanyak 2 hari berpuasa atau lebih,maka kaffarahnya juga ialah 2 kali kaffarah atau lebih,(Al-Majmu',6/370)

(vi) Murtad:

  • Ulama' bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib qadha' hari yang ia murtad,sekiranya ia kembali kepada Islam,(Abdul Karim Zaidan,Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mara'h 2/68)

(vii) Gila atau pengsan,sekiranya ia berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat makan batallah puasanya,(Ahmad Isa A'syur,Al-Fiqh Al-Muyassar,133)

(viii) Menukar niat :

Sesiapa yang berniat untuk berbuka puasa maka batal puasanya.Pendapat ini dipegang oleh Imam Syafie,Abu Thaur,Abu Hanifah dan pendapat yang palin jelas dalam Mazhab Hambali,(Abdul Karim Zaidan,Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mara'h 2/69)



MUDAH-MUDAHAN ALLAH MENERIMA PUASA KITA.

SEKIAN,

1 ulasan:

armouris berkata...

banyak info tentang puasa kat sini - Puasa @ Info-Kesihatan-Anda

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.