Halaman

Isnin, 24 Mei 2010

RAMAI LEBIH BAIK DARI SEORANG

Assalamualaikum.


Pertama sekali marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita mengecapi nikmat-Nya diatas dunia ini....sedikit renungan dari hamba yang dhoif ini...

Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki ahli majlis fatwa Negeri Sembilan pernah berpesan kepada anak-anak muridnya yang berbunyi.... "Bersamalah kamu dengan Allah, sekiranya tidak dapat,bersamalah kamu dengan orang yang bersama dengan Allah, kelak ia akan membawa kamu kepada Allah"

Sahabat-Sahabah yang dikasihi sekalian... tidak dinafikan setiap manusia memerlukan waktu untuk bersendirian, namun yang demikian sudah menjadi fitrah setiap manusia yang normal itu memerlukan manusia untuk bermuamalah dan untuk berkawan. Persoalannya disini adalah apabila manusia suka bersendirian dan tersilap memilih manusia untuk berkawan.

Apabila bersendirian akan timbullah keraguan, akan terdengarlah bisikan syaitan sekiranya tiada kekuatan iman... disinilah memerlukan kawan yang boleh membawa kepada Allah dan bertepatan dengan hadis diatas yang memerlukan kita berjemaah... .



Masih teringat lagi bisikan Naqib al-Fadhil Ustaz Tarmizi supaya dimana sahaja kita berada kita pelu mencari usrah agar diri tidak tergelincir daripada landasan keimanan. janganlah kita memencilkan diri dengan menunggu untuk dicari, dengan menunggu untuk dihamparkan karpet merah kerana sesungguhnya malaikat tidak pernah bertangguh untuk mencabut nyawa....

Semoga mendapat renungan bersama..... ."iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan" .... ukhwafillah fi mardhotillah. ...

Assyababul_ahlam : Akhi Firdaus
http://www.abangmodul.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.