Halaman

Ahad, 17 Oktober 2010

SIAPA PILIHAN ANDA UNTUK MENJADI PASANGAN HIDUP ?

Bertuah kau nak ! Muda-muda lagi dah kahwin.

Terpacul kata-kata tersebut tanpa dipaksa atau dipinta dari makcik berusia setengah abad sambil membetulkan duduknya.

10.10.10 menjadi pilihan ustaz lulusan Al-Azhar itu berkahwin dengan pasangan pilihannya,seorang Hafizah baru menginjak usia 19 tahun.Tenang raut wajahnya sedamai seputih rona persalinan pengantin mereka berdua.

Apakah kriteria sebuah perkahwinan?
Hal ini ada di bincangkan dalam laman facebook saya.Ia adalah topik yang sentiasa perlu diingatkan.

 Bagaimana mereka boleh berkahwin dalam usia muda?

"Zaman sekarang susah nak cari lelaki yang ada agama dan melaksanakan tuntutan agama.Dari tunggu lama-lama,baik ada yang menjaganya dan ditarbiyyah dengan acuan yang soleh.

Hati makcik pun tenang"



Jawapan ringkas dari hati yang paling dalam oleh makcik tersebut.

Saya bersetuju dengan pemikiran makcik!

Asas pembentukan masyarakat Islam mesti bermula dengan diri dan keluarga terlebih dahulu.Tujuan perkahwinan dalam Islam untuk membangunkan keluarga Islam dan menjadi asas yang kukuh dalam pembangunan masyarakat Islam.

Ini merupakan impian setiap mukmin yang mahukan keluarga baik dan ketenangan hati,sebagaimana yang digambarkan oleh Allah SWT dengan firmannya :


Saya seringkali berpesan kepada rakan-rakan bahawa untuk mendidik anak kita sebagai yang soleh atau solehah sebagai harta kita di akhirat kelak dan mendoakan kita setelah kita tiada lagi adalah dengan melakukan pemilihan pasangan yang baik agamanya.

Inilah pilihan yang paling baik,pilihan baginda Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW,
"Kahwinlah dengan seorang perempuan yang hartawan,rupawan,kenamaan dan keagamaan dan pilihlah perempuan yang beragama"

Hadith riwayat alBukhari : 4700

Bagaimana pula untuk mereka yang sudah berkahwin dan mahu mendidik pasangan supaya kembali kepada ajaran agama?

" A great marriage is not when the perfect couple comes together.
I t is when the imperfect couple learns to enjoy their differences"

Pernahkah kita melihat stalaktik dan stalagmit di gunung Tahan ?

Hasilnya begitu bernilai bukan? namun proses ini tidak berhenti jauh sekali untuk berehat sebentar.

Proses mendidik anak bukan bermula dari mendidik dalam kandungan tetapi ia bermula seawal pemilihan pasangan lagi.Ya,ia memang satu cabaran.

Itulah Tarbiyyah.

Proses itu mengambil masa yang lama untuk berlaku namun ia akan kekal dan bertambah besar serta kukuh.

Begitu jua dengan titisan air lembut setiap saat yang berjaya melekukkan permukaan batu yang keras.

Kuncinya adalah USAHA dan USAHA .Tiada erti kegagalan setelah USAHA dilakukan kerana kesilapan adalah guru yang terbaik.

Ia mengajar kita menjadi orang yang HEBAT.

Justeru itu mereka yang dambakan JALAN YANG LURUS perlu ISTIQAMAH.

Sedikit namun berterusan,pasti membuahkan hasil yang mantap dan hebat.

Seandainya perkara agama tidak dititik beratkan pada awal pembinaan rumah tangga maka institusi keluarga akan menghadapi masalah.Banyak berlaku keruntuhan keluarga kerana mengenepikan asas agama dalam kehidupan pembinaan keluarga.

Didikan Islam
Setelah mendirikan rumahtangga maka di sana ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh kedua suami isteri untuk membentuk rumahtangga Islam.Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh isteri ialah mendidik isteri menjadi orang yang faham tentang agama dan memastikan isteri mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT dan tidak jahil tentang agama.

Kita mesti mendidik anak-anak serasi dengan acuan Islam.Begitu juga dengan roh.Ia berkehendakkan dengan pengisian rohani dengan berzikir,membaca Al-Quran,mendengar kuliah agama barulah jasad akan tenang.

Cantik Acuannya Baik Hasilnya
Demikian pula keperluan anak kita apabila hendak ke sekolah perlukan pakaian,duit belanja  dan bekalan.Tanpa semua indikator ini,tidak lengkap sesi persekolahannya , samalah jua dengan didikan Islam.Acuan didikan Islam dengan anak-anak perlu dibuat seperti mana 'Isi dan Kulit'.Ia tidak boleh dipisahkan.

Semuanya bermula di rumah.

Sedikit perkongsian bagaimana dengan 9M boleh mengukuhkan rumahtangga pasangan pengantin :

Motivasi Rumahtangga dengan 9M

1.Memberikan penghargaan dan pujian kepada pasangan.
2.Meluangkan masa berkualiti bersama
3.Menjadi pendengar yang baik
4.Menerima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya
5.Meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasangan.
6.Mengatakan 'ya' lebih banyak dari 'tidak'
7.Melakukan solat berjemaah sekeluarga.
8.Membaca Al-Quran dan Al-Mathurat bersama.
9.Menghidupkan majlis ilmu terutamanya selepas solat Subuh dengan mentadabbur 2-3 ayat ringkas sebagai pelembut hati.


Akad Nikah bermakna kita perlu menjaga ahli keluarga kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Bagi meluangkan masa kualiti bersama,kita perlu menyeimbangkan waktu kerja dan waktu bersama pasangan,hal ini jelas dalam buku Married People : Staying Together in The Age of Divorce oleh Klasburn mengatakan bahawa "Happy couples achieved a balance between time together and time apart,and that finding such a balance contributed to the sense of intimacy and satisfaction with the marriage"

Keluarga Berilmu

Keluarga bahagia yang pernah wujud di zaman Rasulullah SAW dan zaman kegemilangan Islam dahulu sehingga mereka dapat memajukan ummah kerana mereka cintakan budaya ilmu.Kecintaan mereka kepada ilmu tidak kira samaada waktu bermusafir ataupun bermuqim.

Mereka menghayati gesaan ALLAH melalui ayat pertama yang diturunkan iaitu dalam surah Iqra' :


Dengan ini menunjukkan membaca adalah anak kunci ilmu pengetahuan.Dengan membaca pasangan pengantin akan tajam otaknya dan luas pandangannya.

Kita juga wajar mengetahui doa-doa yang patut di amalkan agar suami,isteri dan keluarga terselamat daripada melakukan maksiat dan diperteguhkan iman.



Doa menjadi suami soleh atau isteri solehah


Buayafriend vs Gilefriend. ( Boyfriend vs Girlfriend )

Sebelum berkahwin begitu mudah pasangan couple mengungkapkan cinta.L.O.V.E is CINTA/ i Luv U/ 1 4 3 / Cayang Awak !

Perkara seperti ini didorong oleh nafsu semata-mata.

Tiada istilah couple sebelum berkahwin.

Jarum halus Barat melalui media massa telah menyuntik perkara ini dalam minda remaja.Hasilnya , wujud pula budaya menyambut Valentine.

Mungkin hal seperti ini sudah mangli di kalangan anak muda.Bukankah kita sudah mengetahui bahawa Syaitan itu musuh yang nyata? Akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan kita?

Kerana itu berkahwinlah.Sekiranya tidak mampu berpuasalah dengan sebenar-benar puasa.

Ungkapan Saya Sayang Honey ! Saya Sayang Hubby ! adalah ungkapan suami kepada isteri atau isteri kepada suami.

Inilah rahsia menjadi pengantin baru setiap hari,nyatakan setiap hari kata-kata positif buat pasangan.Justeru itu,sepatutnya pasangan pengantin yang sudah berkahwin sepatutnya mengamalkan ucapan positif ini sampai bila-bila,walaupun usia perkahwinan sudah berpuluh tahun.


Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk semua itu !

Selalunya ucapan sebegini hanya berlaku semasa alam percintaan.

Berapa ramai remaja yang telah terpengaruh dengan perkara ini?

Praktikal yang salah di tempat yang salah sama seperti meletakkan ayam di kandang buaya akhirnya?

Ayam tersebut di makan buaya.
AWAS!

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa buayefriend dan gilefriend.

Sepertimana kata penyanyi Sohaimi Mior Hassan

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

ditambah oleh Altimet ,
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Fikir dan Zikir serta Memaafkan

Pasangan suami isteri perlulah menambah ilmu setiap hari walaupun sebelum ini pernah melakukan dosa masing-masing.Biar siapapun dia,sebanyak manapun telah melakukan kejahatan,namun tetap dalam hatinya,nun jauh di lubuk hati nuraninya tetap inginkan kebaikan.Fitrah rasa bertuhan,rasa berharap,rasa keindahan dan segala rasa kebaikan akan terus bersemadi dalam lubuk hati nuraninya.

Ada orang bertanya kepada Imam Jaa'far Al Shadiq tentang Allah SWT.

Maka beliau bertanya kembali " Pernahkah anda mengharungi samudera?" dia menjawab : " Ya,pernah"

Imam Jaa'far bertanya: Pernahkah suatu ketika angin ribut melanda anda?

Dia menjawab :"Ya,pernah"

Imam Jaa'far bertanya lagi: Ketika itu bukankah harapan untuk pelayaran telah terputus dan memikirkan cara bagaimana nak menyelamatkan diri dari bencana tersebut"

Dia menjawab:"Ya,benar"

Lalu Imam Jaa'far bertanya lagi:"Lalu adakah terlintas dalam hati anda terdapat yang menyelamatkan anda ketika saat-saat dilakukan.

Dia menjawab:"Ya,ada"

Imam Jaa'far berkata : "Yang dapat menolong anda itulah ALLAH SWT.

Sesungguhnya pertolongan ALLAH SWT itu amat hampir.

Beruntunglah mereka yang mengetahui hakikat ini.
Hidup berumahtangga adalah satu ujian.Hakikatnya,hidup ini penuh dengan ujian.Ujian akan melahirkan manusia yang berjiwa kental,hebat dan unggul.Manusia tidak dilahirkan secara sia-sia tanpa tujuan.Alam ini adalah stesen untuk meningkatkan amalan agar roh dapat turun membeli belah dan mendapatkan bekalan secukupnya,sebelum stesen terakhir di alam yang masih panjang.

Saya akhiri dengan Sabda Nabi Muhammad SAW yang begitu menyanjung tinggi pengorbanan muslimah.

Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu,puasa pada bulan Ramadhan,menjaga kehormatan dirinya dan mematuhi suaminya,akan dikatakan kepadanya,"Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang kamu suka"

Hadith Riwayat Ibnu Hibban,Ahmad dan At-Thabarani

Siapa pilihan anda untuk menjadi pasangan hidup ?
Kini anda sudah tahu jawapannya.

Ikatlah ilmu dengan menulisnya,





Akhi Firdaus @abangmodul.blogspot.com
 -"Motivasi Roh Menyentuh Hati"
-Sudah 365 hari bergelar Suami dan 90 hari bergelar Ayah.
-Perunding Motivasi Insaff Training Management and Consultancy.

3 ulasan:

Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar berkata...

salam perjuangan..
input yang sangat bermanfaat..
mohon share..
syukran jazilan akhi..
wslm..

Unknown berkata...

ASSALAMUALAIKUM...
TERIMA KASIH AKHI...
BANTUAN UNTUK MEMILIH CALON...
WASSALAM...

Tanpa Nama berkata...

adakala,,,kita terasa kita sudah cukup menjalankan tugas kita sebagai muslimah,,tapi adakalanya,,,tanpa disangka kita diduga dengan cabaran yang benar2,,,menduga tugasan yang diamanahkan,,,,ini lah yang benar2 dugaan yang sangat besar,,,dlm kehidupan sebagai seorang muslimah,,,cabaran utk menjadi muslimah yang dpt memasuki mana2 pintu syurga,,,jika di a berjaya menjalankan semua amalan yang diminta,,,,

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.