Halaman

Ahad, 26 Julai 2009

MOTIVASI MARI MENGAJI




Assalamualaikum dan Alhamdulillah ,

Di atas adalah program bersama ustaz Zamri baru-baru - baru ini.MasyaAllah rindu pada beliau dan adik beliau Zafran untuk bersama dengan motivasi ini.

Kepada ibu bapa di luar sana marilah menghantar anak ke Kem Mantop Ustaz Zamri.InsyaAllah,akan ada perubahan positif pada anak-anak tuan-puan nanti.

Selaku fasilitator pada program kali ini saya beranggapan bahawa banyak yang perlu kita perbaiki terutamanya solat dan bacaan Al-Quran.Juga kesedaran terhadap pendidikan Islam terhadap anak-anak dalam suasana dunia yang amat mencabar dan sepatutnya diatasi dengan langkah-langkah penambahbaikan kepada corak pemikiran cintakan akhirat terhadap anak-anak oleh ibu-bapa moden.

Inilah masanya,sebelum rebung menjadi buluh.......



Dahulu kita adalah anak-anak kecil yang belum baligh dan tidak ditaklifkan oleh Allah dengan syariatnya. Maka apa yang kita buat pada ketika itu semuanya tidak berdosa walaupun pada umumnya ia adalah satu kesalahan seperti mencuri mempelam jiran dan memakannya. Maka perbuatan seperti itu adalah salah tetapi Allah tidak mencatitkan dosa kerana kita belum mukallaf.

Tetapi sekarang kita sudah baligh dan dewasa maka kita tidak lagi boleh melakukan kerja-kerja yang salah seperti ketika kita masih kecil dahulu Allah tidak mencatitkan dosa dan kesalahan yang dilakukan tetapi sekarang Allah akan mencatitnya kerana kita telah menjadi orang mukallaf. Oleh itu tinggalkanlah perbuatan yang salah itu kerana ini adalah kenangan lama yang tidak boleh diulangi lagi.

Dahulu kita muda mungkin semua tindakan kita didorong oleh keseronokan semata-mata tanpa memikirkan apakah ianya baik bagi kita ataupun sebaliknya, kita banyak menghabiskan masa untuk keseronokan sehingga kita lupa dan lalai daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah, lalu masa muda kita telah disia-siakan begitu sahaja.

Tetapi sekarang kita telah dewasa maka tidak sepatutnya kita meneruskan kerja sia-sia diusia muda kita dahulu kerana ketika itu kita tidak banyak mengerjakan ibadah dan kebajikan. Oleh kerana sekarang kita telah dewasa maka sepatutnya kita telah sedar dan insaf segala kesalahan di masa muda lalu. Gunakanlah masa dewasa ketika ini untuk bertaubat dan beramal soleh bagi menghimpunkan pahala sebagai bekalan ke syurga.

Dahulu kita susah, miskin dan sentiasa di dalam kesempitan dan pada masa itu selalu kita memasang angan-angan dan cita-cita kalaulah aku kaya, aku akan belanjakan harta aku untuk kebajikan, aku akan menolong fakir miskin, akau akan beri sumbangan untuk pembinaan masjid, aku akan keluarkan zakat dan berbagai-bagai lagi azam dan cita-cita kita, tetapi semuanya itu tidak dapat kita lakukan kerana kemiskinan dan kesusahan yang menghimpit kita.



Sekarang kita telah menjadi kaya dan berada dalam kemewahan dan kesenangan. Kalau begitu apa yang ditunggu lagi, ambillah kesempatan di atas kesenangan dan kemewahan yang Allah berikan kepada kita untuk membelanjakan sebahagian daripadanya pada jalan Allah seperti yang pernah dicita-citakan pada masa kita susah dahulu. Janganlah kita dihantui dengan perasaan sayangkan harta sehingga tidak sanggup pula membelanjakannya kerana mencari keredhaan Allah.

Seorang sahabat pernah bertanya nabi s.a.w "Wahai Rasulullah, sedekah yang bagaimanakah yang lebih afdhal? Maka Rasulullah pun menjawab, "Kamu memberi sedekah ketika kamu sedang sihat dan terlalu sayangkan harta kamu, di samping kamu sangat mengharapkan bertambah kekayaan dan bimbang menjadi miskin dan janganlah kamu tangguhkan lagi sehingga nyawa sudah berada di hujung halkum.

Dahulu kita sibuk, kita sibuk dengan kerja di pejabat, kita sibuk dengan urusan pernigaan, kita sibuk dengan persatuan dan kita sibuk dalam segala urusan, kerana kesibukan kita itu kita tidak berkesempatan atau sedikit sangat ruang waktu dapat berbuat kebajikan, kita tidak ada masa ke masjid, kita tidak ada masa membaca al-Quran, kita tidak ada masa untuk belajar agama, kita tidak ada masa bergaul dengan masyarakat dan kita tidak ada masa untuk semua itu.




Tetapi sekarang kita kurang sibuk lagi. Barangkali kita sudah ada sedikit ruang masa, perniagaan kita sudah ada orang yang membantu untuk mengurusnya,. Oleh itu, marilah kita gunakan masa yang tidak sibuk ini untuk mendapatkan semula apa yang telah terlepas dan yang tidak sempat kita lakukan pada waktu kita sibuk dahulu. Sekarang inilah masanya untuk banyak berzikir kepada Allah, inilah masanya untuk kita mendalami isi ajaran agama, inilah masanya untuk kita bergaul dan berbuat baik dengan masyarakat dan inilah masanya untuk kita melakukan amal yang soleh sebanyak mungkin.

Kalau dahulu mungkin kita banyak melakukan kesilapan, kita banyak bercakap yang sia-sia dan tidak berfaedah. Tetapi sekarang kita telah sedar bahawa itu semuanya merugikan dan membahayakan diri sendiri, oleh itu biasakanlah diri dengan bercakap benar kerana itulah sifat orang yang beriman dan bertaqwa.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 70-71 bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah,dan katakanlah perkataan yang benar,nesaya Allah memperbaiki bagimu amal-amalmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar".




Kita sering lupakan tugas dan tanggungjawab kita yang besar, kita seorang bapa tetapi kita telah mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kita, kita seorang majikan tetapi kita telah mengabaikan tanggungjawab dan kebajikan terhadap kakitangan dan anak-anak buah kita,kita seorang yang berpengaruh dan berkedudukan tinggi tetapi telah mengabaikan orang-orang dibawah kita. Kita seorang pengurus jabatan kita dengan baik dan berjaya tetapi kita terlupa mengurus diri dan keluarga kita sendiri, semua kelemahan dan kekurangan itu telah kita lakukan di dalam keadaan terlupa., tidak sedar dan kerana mementingkan diri sendiri, tetapi sekarang kita
sudah sedar segala kesilapan itu semua.

Oleh itu patutlah sangat kita gantikan kesilapan dan kesalahan itu dengan menghayati ajaran Islam di samping kita penuh insaf dengan bertaubat nasuha kepada Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Ali Imrn ayat 133 bermaksud:

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa".

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani". (Surah an-Nisa':110)

"MOTIVASI ROH MENYENTUH HATI"
~MNFMA~


Rabu, 3 Jun 2009

Sudah pukul berapa sekarang?

Assalamualaikum & Alhamdulillah di atas kesempatan masa dan posting kali ini…

Cuba lihat jam…apakah yang rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT nampak?

Masa sekarang? Masa bersuka ria? Masa untuk bergelak ketawa? Masa kematian? Masa kehidupan? Masa ditimbang amalan di neraca mizan? Masa sebagai saksi Yaumul Mahsyar?

Kadang-kadang kita perlu melihat jam bukan menengok jam..Perhati dan fikirkan sejenak istilah lihat dan tengok.Istilah lihat dan tengok adalah berbeza.Tengok apa yang ada,di hadapan mata adalah perkara yang tersurat.Namun lihat ialah perkara yang tersirat.Ia akan berjaya dilihat oleh mereka yang mengetahui tentang sumpah Allah swt mengenai masa.Renungkanlah…

SURAH AL 'ASHR (Surah ke 103)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[103.1] Demi masa.
[103.2] Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
[103.3] kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Pembuat jam hanya dapat membuat jam dan ia serba-serbi dalam kelemahan namun Pembuat Masa Maha Mengetahui..

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?". "Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?". "Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" "86,400 kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan. "Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" "Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak sangat tu" Jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berkata kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?". "Naaaah, kalau itu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh SEMANGAT. Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.

Oleh itu rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT..

Konklusinya,ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang semula kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun. Jangan berkata "tidak"
sebelum Anda pernah mencubanya.CUBALAH!!!!

Cahaya Syurga Firdaus.

SAHABAT YANG SOLEH

Sahabat Yang Soleh

SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

Khamis, 9 April 2009

Bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji


Siapa Ustaz Zamri...?
Ustaz Hj. Mohd Zamri bin Hj. Mohd Zainuldin bukanlah nama yang asing di dalam bidang motivasi dan latihan di Malaysia. Bertugas sebagai Pensyarah Darul Quran JAKIM (Bahasa Arab & Dakwah), Kuala Kubu Bharu, beliau merupakan motivator dan trainer utama di MANTOP Consultancy and Training.

Berikut beberapa pengalaman beliau:
Juri Akademi Al-Quran TV9 2006, 2007 & 2008 (bahagian tajwid dan fasahah).
· Pengacara rancangan Mari Mengaji TV9 2006 & 2007
· Terlibat aktif dalam ceramah dan motivasi seluruh negara bersama MANTOP Training & Consultancy.
· Pembikinan Album Nur Wahyu dan Mutiara Wahyu bersama In-Team Records.
Penampilan di beberapa media cetak seperti Berita Harian, Metro, Utusan Malaysia, Majalah Al-Islam, Dara.com dan Feminin.

Pada 4 & 5 April 2009,segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana saya telah berkesempatan untuk menjadi salah seorang tenaga fasilitator Mantop Training & Consultancy dibawah trainer dan motivator utama iaitu Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin B.A (B.Arab & Pengajian Islam) Universiti Hashimete Jordan.Bersama beliau ialah rakan trainer Mohd Zafran Mohd Zainuldin B.A.Sc (Biotech) UMS.

Program ini telah diadakan di Masjid Jame' Bandar Baru Uda (BBU),Johor Darul Ta’zim..Sambutan yang diberikan oleh adik-adik sewaktu program cukup positif.Program ini di dasari untuk melahirkan masyarakat yang menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat.Ia bukan motivasi yang biasa diuar-uarkan dewasa ini.Dengan berpandukan Al-Quran,modul motivasi kejayaan hakiki pastinya menggarap semangat dan kemahuan yang lebih mantap dalam menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Ustaz Zamri memang kelakar orangnya,pendek kata Happy Go Lucky.Seakan sudah lama berkenalan dengan beliau walaupun baru beberapa kali bertemu.Alhamdulillah atas nikmat ukhuwwah Islam ini.Profesional yang ditunjukkan beliau dalam menguruskan program ini cukup terserlah.Tarbiyyah Al-Quran jelas terpancar dari tindakkannya untuk melihat adik-adik cemerlang dunia dan akhirat.

Program ini cukup best.Best giler! pergh power.. walaupun saya bertugas hanya sebagai fasilitator.Modul SMART SOLAT cukup berkesan sepertimana sabda Rasulullah saw: Solat adalah tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya,sesungguhnya dia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya.Di program ini peserta telah didedahkan dengan kaifiyat solat,prinsip-prinsip serta hikmah disebaliknya.Alhamdulillah.

Bagi ibu-bapa yang inginkan anak mereka berubah kearah lebih baik.Mungkin program MANTOP ini memberikan laluan kearah perubahan tersebut.Mudah-mudahan dengan hidayah Allah,saya,anda dan juga kesemuanya dapat berubah menjadi lebih cemerlang.InsyaAllah.

Program Motivasi Islamik ini dapat melembutkan jiwa kerana bertepatan dengan Surah Alam-Nasyrah (Surah ke 94)
[94.5] Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
[94.6] sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
[94.7] Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
[94.8] dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Pabila setiap perkara kita mengharapkan keredhaan Allah swt pasti Allah akan memberikan ketenangan kepada hati.InsyaAllah.

Akhirnya,saya terasa cukup kerdil disisi Allah swt.Cukup fakir kerana masih banyak ilmu berkenaan solat dan bacaan Al-Quran yang masih tidak saya ketahui.Saya menyeru kepada rakan-rakan saya yang dirahmati Allah swt agar dapat memberikan masa untuk menitik beratkan ilmu ini.Mari kita melazimkan diri ke majlis-majlis ilmu dan melazimkan diri ke masjid bersolat jemaah.Di dunia kita sentiasa ke rumah Allah maka tidak mustahil Allah swt akan menjemput kita ke syurga Allah kelak.

Sepertimana kata Ustaz Zamri iaitu Motivasi Al Quran Teras Perubahan.Soalannya,adakah Al Quran itu kita jadikan panduan atau perhiasan?Ikutilah Al Quran dan suruhan Rasulullah saw agar menjadi panduan dan pengiktibaran di hari ini supaya kita tidak menyesal di hari kemudian.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahua'alam.
Ikatlah ilmu dengan menulisnya,

Laman Web : mantop.com.my

Dari Cahaya Syurga Firdaus.




Isnin, 6 April 2009

Syahid Cita Tertinggi Kami!


Assalamualaikum dan Alhamdulillah posting hari ini,

(Keterangan gambar,kesemuanya adalah pejuang Palestin yang telah syahid (mengikut tarikh) dalam keredhaan ALLAH SWT kerana mempertahankan bumi Palestin,dari kiri ialah Syeikh Ahmad Yassin pemimpin pertama HAMAS yang lumpuh kedua-dua kakinya DAN TERPAKSA BERKERUSI RODA UNTUK BERSOLAT JEMAAH DI MASJID, namun telah dibom oleh helikopter Apache setelah menunaikan solat subuh,jenazahnya ditemui berkecai namun Allah telah memelihara wajah beliau dan ditemui dalam keadaan tersenyum.,kemudian di kanan sekali bercermin mata adalah as-Syahid Dr Abd Azizi Ar-Rantisi pemimpin kedua HAMAS (isteri beliau datang ke MALAYSIA pada 24 Mac 2009 yang lepas ) setelah Syeikh Ahmad Yassin dan saff pejuang HAMAS yang syahid dibunuh oleh bangsa Yahudi Laknatullah.

Bicara isteri As-Syahid Dr Aziz Ar-Rantisi.....

Alhamdulillah malam semalam,saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi HAMAS di Masjid Negeri Shah Alam yang dianjurkan oleh Aman Palestin dan Pertubuhan Mawaddah.Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi (HAMAS) sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".
Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilahkita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahanIsrael.
Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut
.Apa yang kita dengar dari berita:
1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.
2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi).
"3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."
4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu.
Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa:
"Assalamualaikum kamu masih hidup ya?"

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.
Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunannya.
Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid.
Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi
.Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:1. Tidak lemah mental mereka2. Tidak lemah penampilan mereka3. Tidak lemah aktiviti merekaDari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan.

Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka.
Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar.
Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka.
Bahkan ada seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.
"Semoga Allah memberikan kekuatan dan menggerunkan musuh kalian,kerana syurga itu amat mahal harganya,kalian telah membayarnya dengan darah dan air mata"
~TAHNIAH !!!~
AL-FATIHAH buat yang telah Syahid...al-fatihah.
SAVE PALESTINE...BOYCOTT ISRAEL!!!

Isnin, 30 Mac 2009

Siapa Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah???






Mustafa Kamal Atatürk Laknatullah 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin .

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt..

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah
:1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasagatal-gatal seluruh badan
.2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi
.4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjeritsehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahanmendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam danakhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk Laknatullah telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk Laknatullah!


"Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri..
Motivasi Roh,menyentuh Hati...

abangmodul.blogspot.com.


WALLAHUA’LAM..